Monday 3 August 2020

Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang

Assalamualaikum wbt,

Hari ini saya akan berkongsi mengenai program Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang (Bachelor of Shariah & Law). Buat pengetahuan umum, program ini merupakan salah satu daripada 12 program sarjana muda yang ditawarkan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. 

Syarat untuk masuk ke dalam program ini juga agak longgar jika mahu dibandingkan dengan program Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) atau Sarjana Muda Undang-Undang dan Sarjana Muda Syariah (LLB.S). Antara syarat-syarat nya seperti yang berikut:

1- CGPA Asasi Pengajian Islam/STPM Aliran Agama/Diploma sekurang-kurangnya 3.00 dan Jayyid Jiddan untuk STAM. Untuk STPM, asalkan ada salah satu subjek (Usuluddin/Syariah) dan subjek Bahasa Arab anda boleh memohon program ini meskipun tidak mengambil mata pelajaran Sejarah semasa di Tingkatan 6. Untuk diploma, hanya diterima diploma yang berkaitan dalam pengajian Islam/Syariah/Usuluddin/Syariah dan Undang-Undang dan seangkatan dengannya.

2- MUET sekurang-kurangnya Band 3 dan Bahasa Inggeris SPM gred B+ ke atas.

Duration: 4 years
Semester: 8 normal semester and 1 special semester
Credit Hours: 156 credit hours
Medium in Teaching: 50% Malay, 30% Arabic Language and 20% English

Untuk graduasi dalam program ini, pelajar perlu mengambil sebanyak 156 jam kredit sepertimana dalam kursus pengajian. Semester khas adalah berdurasi selama 6 minggu untuk tujuan latihan industri (internship). Internship biasanya akan diadakan pada tahun ketiga selepas semester 6 sebelum memasuki tahun keempat (Final Year).

Pelajar akan didedahkan dengan subjek universiti (wajib diambil), teras fakulti/akademi, Undang-undang Syariah dalam bahasa Arab, Undang-undang Syariah Professional (Undang-undang Islam), Undang-undang Sivil, Latihan Industri (Internship) dan Elektif Pengkhususan.


Teras Fakulti: (Wajib diambil oleh kesemua pelajar Akademi Pengajian Islam)

1- Bahasa Arab I
2- Bahasa Arab II
3- Pengantar Pengajian Syariah
4- Pengantar Pengajian Usuluddin
5- Tilawah dan Hafazan



Teras Program:

A- Undang-Undang Syariah 

a) Syariah Klasik (Bahasa Arab)

1- Nazariyyah Hukm
2- Fiqh Ibadat
3- Fiqh Usrah
4- Fiqh Muamalat
5- Fiqh Jinayat
6- Qawaid Tafsir
7- Ayat wa Ahadith Ahkam
8- Dirasah Ijmak wa Qiyas
9- Qawaid Fiqhiyyah
10- Urf wa Maslahah
11- Maqasid Syariah

b) Syariah Klasik (Malay and English)

12- Sistem Kehakiman Islam
13- Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia
14- Metodologi Penyelidikan Undang-undang Islam 



B) Undang-Undang Syariah Professional

1- Kontrak Muamalat
2- Undang-undang Keluarga Islam
3- Undang-undang Pusaka, Wasiat dan Hibah
4- Undang-undang Jenayah Syariah
5- Undang-undang Tatacara Mal
6- Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah
7- Undang-Undang Keterangan Islam
8- Undang-Undang Perbankan Islam
9- Undang-undang Islam dan Masyarakat
10- Moot
11- Amalan Professional



C) Undang-Undang Sivil

1- Malaysia Legal System 
2- Constitutional Law and Administration
3- Criminal Law I
4- Contract Law I
5- Land Law I
6- Criminal Law II
7- Contract Law II
8- Land Law II
9- Tort Law
10- Equity and Trust
11- Intellectual Property Law
12- Consumer Law



D) Latihan Industri (Internship)

1- Sangkutan Industri *

(Latihan industri adalah selepas semester 6 pada tahun ketiga dalam semester khas dan tempoh minimum adalah selama 6 minggu).



E) Elektif Pengkhususan

1- Undang-undang Zakat dan Baitulmal
2- Undang-undang Islam dan Gender
3- Undang-undang dan Fatwa
4- Undang-undang Pentadbiran Wakaf
5- Projek Tahun Akhir (Final Year Project)

(Pelajar hanya boleh memilih 3 subjek sahaja)


Antara pilihan kerjaya bagi kursus ini adalah seperti yang berikut:

1- Peguam Syarie
2- Hakim di Mahkamah Syariah
3- Pendaftar Kes
4- Pegawai di Bahagian Sokongan Keluarga
5- Shariah Legal Advisor
6- Civil Legal Advisor
7- Pegawai Sulh
8- Perundingcara Keluarga Islam
9- Pendakwa Syarie
10- Penasihat Syariah 
11- Lecturer
12- Researcher
13- Legal Assistant

Program ini adalah bersifat single honours dan double major. Pelajar boleh memilih untuk bekerja di bahagian perundangan syariah, perbankan Islam, hal ehwal keluarga, pendidikan dan penyelidikan dan di bahagian perundangan sivil tetapi hanya terhad kepada jawatan Civil Legal Advisor dan Legal Assistant. Dan jikalau pelajar berminat untuk mendalami perundangan sivil, boleh menyambung LLM (Master of Laws) di IPT terpilih.

Antara aktiviti wajib tahunan bagi program ini adalah Mock Trial. Lazimnya aktiviti ini adalah pementasan dan lakonan tatacara perundangan dan proceeding kes di Mahkamah Syariah. Pelakon terpilih akan melakonkan watak dan tulang belakang aktiviti ini adalah penulis skrip dan unit multimedia dan teknikal. Jadi seronok bukan program ini?

Kepada mereka yang berminat untuk bekerja di bahagian perundangan Syariah di Malaysia boleh apply course ini. Sebarang persoalan boleh ditanya terima kasih ^-^