Tuesday 14 April 2020

Program Sarjana Muda Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Assalamualaikum wbt dan Hi lama pulak x menulis (blogging) hihi 😄

Okay so harinie rasanya eloklah utk saya share pasal course ii degree yg ditawarkan oleh Akademi Pengajian Islam UM di peringkat ijazah sarjana muda :

Okay pliss be noted yg kita ada lpasan Asasi Pengajian Islam Nilam Puri , Asasi Pengajian Islam dan Sains (Apids) , Stpm (Aliran Agama) , Stam dan Diploma...so skop yg sis nk bincangkan adalah syarat kemasukan utk setiap course , tempoh pengajian dan apa yg korang akn blaja secara generalnya makna kata apa function course tu...

So ana listkan dulu semua program pengajian :

Edit: Sebelum ini Akademi Pengajian Islam menawarkan 15 jurusan sarjana muda untuk lepasan Asasi Pengajian Islam (termasuk satu jurusan yang ditawarkan oleh Fakulti Bahasa dan Linguistik UM) dan 2 jurusan sarjana muda untuk lepasan Asasi Pengajian Islam dan Sains (APIdS) tetapi bermula pada sesi 2021/2022 terdapat beberapa perubahan kepada jumlah jurusan sarjana yang ditawarkan:

Saya akan senaraikan satu persatu jurusan yang ditawarkan:

1. Sarjana Muda Syariah
Tempoh Pengajian: 3 1/2 tahun
Jumlah Semester: 7 Semester  
Jumlah Jam Kredit: 129 Credit Hours

Deskripsi: Pelajar akan didedahkan dengan ilmu fiqh klasik dan juga ilmu syariah kontemporari sepanjang tempoh pengajian. Pelajar juga akan diminta untuk memilih salah satu daripada 4 pengkhususan yang ditawarkan

Pengkhususan yang ditawarkan:

a- Fiqh dan Usul
    - Pelajar yang memilih pengkhususan ini akan didedahkan dengan ilmu fiqh klasik dengan lebih mendalam. Oleh itu, pelajar perlulah memahirkan diri dengan pemantapan ilmu bahasa Arab dan pembacaan kitab Arab yang mantap. Slow slow belajar study sesama dgn kawan ii tau.

b- Syariah dan Ekonomi
    - Korang akan belajar basic ekonomi seperti Mikroekonomi, Makroekonomi, Kuantitatif, Statistik dan beberapa subjek yang lain. Benda yg bagi saya menarik dalam pengkhususan ini adalah kita dapat belajar ekonomi zakat di Malaysia.

c- Falak (Astronomi Islam)
    - Korang akan belajar basic fizik seperti Asas Fizik, Pengkomputeran Asas dalam Fizik, Sistem Suria dan Kaedah Mencerap Bulan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan astronomi. Pengkhususan ini juga dibuka kepada pelajar sains tulen dan bukan pelajar sains tulen so jgn risau!!!

d- Governan Islam
    - Mungkin ramai yg kurang berminat bila dgr perkataan governan  huhu...tp jangan risau pengkususan ini hanyalah sekadar untuk mengetahui asas pentadbiran dalam organisasi dan sistem kerajaan di Malaysia so dia bknnya seboring yang anda sangkakan pon hahahahaha...

* Setiap pengkhususan yang ditawarkan adalah bersamaan dengan 27 jam kredit.


2- Sarjana Muda Usuluddin
Tempoh Pengajian: 3 1/2 tahun
Jumlah Semester: 7 Semester  
Jumlah Jam Kredit: 129 Credit Hours

Deskripsi: Pelajar akan didedahkan dengan ilmu teologi klasik dan juga ilmu asas perbandingan agama kontemporari sepanjang tempoh pengajian. Pelajar juga akan diminta untuk memilih salah satu daripada 3 pengkhususan yang ditawarkan

Pengkhususan yang ditawarkan:

a- Pemikiran Islam & Pengajian Kerohanian
    - Bagi mereka yang berminat dengan psikospiritual Islam, fahaman dan ajaran sesat di Malaysia, radikal Islam dan liberal ini adalah pengkhususan yang sesuai untuk anda. Pernah ada org tnya belajar akidah nk buat apa lepas degree? Peluang pekerjaan luas je tahukah anda di Negeri Sembilan contohnya ada Pusat Rawatan Akidah utk mereka yg ingin murtad (keluar daripada Islam). Jadi peluang pekerjaan sentiasa ada.

b- Sejarah & Tamadun Islam
    - Bila dgr pasal sejarah mesti ramai yg fikir pengkhususan ini sedikit boring, Tetapi sebenarnya pengkhususan ini banyak 'field trip' ke luar negara dan buat kajian lapangan tentang kesan peninggalan sejarah di sana. Jadi, ia bukanlah sekadar belajar semata-mata. 

c- Dakwah & Pembangunan Insan
    - Pengkhususan dakwah juga amat menarik kerana anda akan diperkenalkan dengan metodologi dan teori dakwah, dakwah dalam kelompok minoriti, penulisan  dakwah, media dakwah dan usul dakwah. Pengkhususan ini juga menawarkan banyak aktiviti kemasyarakatan dan dakwah di luar kelas untuk engage org ramai. Di Malaysia, ada bnyak badan NGO dakwah yang menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan.

* Setiap pengkhususan yang ditawarkan adalah bersamaan dengan 27 jam kredit.


3- Sarjana Muda Al-Quran dan Al-Hadith
Tempoh Pengajian: 3 1/2 tahun
Jumlah Semester: 7 Semester  
Jumlah Jam Kredit: 129 Credit Hours

Deskripsi: Pelajar yang berminat dengan metodolgi pengajaran Quran dan Hadith boleh memohon course ini. Pelajar akan didedahkan dengan konsep Sains berpandukan Quran dan Sunnah, Media Quran dan Hadith, Asbabun Nuzul, Riwayat Hadith, Asas Taranum dan Qiraat serta lain-lain lagi.

Nota tambahan: Sebelum ini Sarjana Muda Al-Quran dan Al-Hadith dikenali sebagai sebagai Sarjana Muda Usuluddin (Al-Quran dan Al-Hadith). Walaubagaimanapun, bermula sesi 2021/2022 program ini ditukar nama dan diperbaharukan kurikulum pembelajaran. 


4- Sarjana Muda Pengurusan Muamalat
Tempoh Pengajian: 4 tahun
Jumlah Semester: 8 Semester  
Jumlah Jam Kredit: 137 Credit Hours

Deskripsi: Sarjana Muda Pengurusan  Muamalat ataupun nama lainnya Sarjana Muda Syariah dan Pengurusan merupakan course yg berdurasi selama tempoh 4 tahun (bersamaan 8 semester). Pelajar akan didedahkan dengan ilmu finance and banking, basic accounting, marketing dan beberapa perkara lain yang berkaitan. Untuk mereka yang bercita-cita ingin menjadi pegawai bank, penasihat kewangan Islam dan sebagainya ini adalah course yang tebaik untuk anda.


5- Program Pendidikan Islam (Sarjana Muda Pendidkan Islam)
Tempoh Pengajian: 4 tahun
Jumlah Semester: 8 Semester  
Jumlah Jam Kredit: 146 Credit Hours

Deskripsi: Sarjana Muda Pendidikan Islam ataupun lebih mesra dipanggil sebagai SMPI merupakan program pendidikan yang ditawarkan di Akademi Pengajian Islam. From time to time, pelajar course ini akan travel daripada Akademi Pengajian Islam ke Fakulti Pendidikan UM untuk mengikuti beberapa subjek pendidikan seperti Falsafah Pendidikan, Psikologi Pendidikan dan sebagainya, Walaubagaimanapun, lazimnya pelajar akan bnyak menghabiskan masa di Akademi Pengajian Islam. Program ini merupakan hasil kerjasama antara pihak Fakulti Pendidikan UM dan Akademi Pengajian Islam. 

Pelajar akan diminta memilih salah satu daripada dua jurusan yang ditawarkan:

a- Pengajian Islam 
    - Pelajar yang memilih Pengajian Islam akan didedahkan dengan metodologi kaunseling dan bimbingan, falsafah pendidikan Islam, teori akhlak dalam pendidikan dan sebagainya.

b- Pengajian Quran 
    -  Pelajar yang memilih Pengajian Quran akan didedahkan dengan asas metodologi Quran dan Qiraat, asas bertarannum dan kaedah pendidikan Quran.

Nota tambahan: Pelajar perlu melepasi ujian MEDSI dan lulus temuduga khas terlebih dahulu sebelum layak untuk mendaftar program pengajian tersebut.


6- Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang
Tempoh Pengajian: 4 tahun
Jumlah Semester: 8 Semester Biasa 1 Semester Khas
Jumlah Jam Kredit: 156 Credit Hours

Deskripsi: Pelajar yang berminat untuk menjadi seorang peguam syarie, hakim syarie, penasihat undang-undang, pegawai syariah dan pendaftar kes ini adalah course untuk anda, Pelajar akan mempelajari Syariah klasik, Undang-undang Syariah Professional, Undang-undang Sivil sepanjang tempoh pengajian. Perlu diingatkan bahawa ini bukanlah double degree seperti LLB.S (Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dan Sarjana Muda Syariah (Syariah)) seperti yang ditawarkan di IIUM dan USIM. Program ini bersifat single honours dan juga double major.

Nota tambahan: Syarat khas untuk ke program ini adalah B+ English SPM dan MUET minimum Band 3 lagi tinggi lagi bagus.


Berikut merupakan kos Sarjana Muda yang ditawarkan kepada lepasan Asasi Pengajian Islam dan setaraf. Akan tetapi, pihak Akademi Pengajian Islam ada satu kerjasama bersama Jabatan Bahasa Arab dan Timur Tengah, Fakulti Bahasa dan Linguistik UM untuk menerima sekitar 3-5 orang pelajar setiap sesi daripada lepasan Asasi Pengajian Islam. Mereka yang berminat akan ditemuduga secara khas oleh pensyarah bahasa Arab Pusat Pendidikan Universiti Malaya (PPUM) Bachok Kelantan.

1. Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik (Bahasa Arab)
Tempoh Pengajian: 3 1/2 tahun
Jumlah Semester: 7 Semester 
Jumlah Jam Kredit: 126 Credit Hours


Asasi Pengajian Islam dan Sains (APIdS) sebelum ini menawarkan dua program pengajian bagi peringkat sarjana muda iaitu;

1- Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains; dan

2- Sarjana Muda Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat

Walaubagaimanapun, bermula sesi 2021/2022 program Sarjana Muda Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat terpaksa 'direhatkan' terlebih dahulu sehingga ke suatu tempoh tertentu atas dasar semakan kurikulum. Jadi, pelajar APIdS hanya akan boleh memilih satu program sarjana muda sahaja iaitu Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains.

1- Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains
Tempoh Pengajian: 4 tahun
Jumlah Semester: 8 Semester 
Jumlah Jam Kredit: 165 Credit Hours

Deskripsi: Program ini merupakan program 'double major' pertama yang diperkenalkan di Malaysia. Ia merupakan sepadu kerjasama antara Akademi Pengajian Islam dan Fakulti Sains UM. Pelajar akan didedahkan dengan integrasi sains Islam, falsafah sains Islam dan banyak lagi.

Pelajar akan diminta memilih salah satu daripada empat pengkhususan yang ditawarkan:

Berikut merupakan pengkhususan yang boleh diambil oleh pelajar Sains Hayat APIdS:

a- Kimia Gunaan (Applied Chemistry)

b- Biologi (Biology)

c- Pengurusan Alam Sekitar (Environmental Management

Berikut merupakan pengkhususan yang boleh diambil oleh pelajar Sains Fizikal APIdS:

d- Fizik (Physics)

* Setiap pengkhususan yang ditawarkan adalah bersamaan dengan 46 jam kredit.

Nota tambahan: Taklimat pemilihan course akan diberikan dengan lebih lanjut oleh pensyarah APIdS dan penyelaras program Sains Gunaan Pengajian Islam.
So tu je segment kali nie insyallah ada persoalan akn dijawab hihi so feel free to komen...Jazakallah kerana membaca dan semoga ada  lah pencerahan sket utk mereka ii yg berminat bidang ii agama / arab nie amin 😇
Info lanjut boleh layari laman web tertera: https://apium.um.edu.my/bachelor-programme