Tuesday 14 April 2020

Program Sarjana Muda Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Assalamualaikum wbt dan Hi lama pulak x menulis (blogging) hihi 😄

Okay so harinie rasanya eloklah utk saya share pasal course ii degree yg ditawarkan oleh Akademi Pengajian Islam UM di peringkat ijazah sarjana muda :

Okay pliss be noted yg kita ada lpasan Asasi Pengajian Islam Nilam Puri , Asasi Pengajian Islam dan Sains (Apids) , Stpm (Aliran Agama) , Stam dan Diploma...so skop yg sis nk bincangkan adalah syarat kemasukan utk setiap course , tempoh pengajian dan apa yg korang akn blaja secara generalnya makna kata apa function course tu...

So ana listkan dulu semua program pengajian :

Edit: Sebelum ini Akademi Pengajian Islam menawarkan 15 jurusan sarjana muda untuk lepasan Asasi Pengajian Islam (termasuk satu jurusan yang ditawarkan oleh Fakulti Bahasa dan Linguistik UM) dan 2 jurusan sarjana muda untuk lepasan Asasi Pengajian Islam dan Sains (APIdS) tetapi bermula pada sesi 2021/2022 terdapat beberapa perubahan kepada jumlah jurusan sarjana yang ditawarkan:

Saya akan senaraikan satu persatu jurusan yang ditawarkan:

1. Sarjana Muda Syariah
Tempoh Pengajian: 3 1/2 tahun
Jumlah Semester: 7 Semester  
Jumlah Jam Kredit: 129 Credit Hours

Deskripsi: Pelajar akan didedahkan dengan ilmu fiqh klasik dan juga ilmu syariah kontemporari sepanjang tempoh pengajian. Pelajar juga akan diminta untuk memilih salah satu daripada 4 pengkhususan yang ditawarkan

Pengkhususan yang ditawarkan:

a- Fiqh dan Usul
    - Pelajar yang memilih pengkhususan ini akan didedahkan dengan ilmu fiqh klasik dengan lebih mendalam. Oleh itu, pelajar perlulah memahirkan diri dengan pemantapan ilmu bahasa Arab dan pembacaan kitab Arab yang mantap. Slow slow belajar study sesama dgn kawan ii tau.

b- Syariah dan Ekonomi
    - Korang akan belajar basic ekonomi seperti Mikroekonomi, Makroekonomi, Kuantitatif, Statistik dan beberapa subjek yang lain. Benda yg bagi saya menarik dalam pengkhususan ini adalah kita dapat belajar ekonomi zakat di Malaysia.

c- Falak (Astronomi Islam)
    - Korang akan belajar basic fizik seperti Asas Fizik, Pengkomputeran Asas dalam Fizik, Sistem Suria dan Kaedah Mencerap Bulan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan astronomi. Pengkhususan ini juga dibuka kepada pelajar sains tulen dan bukan pelajar sains tulen so jgn risau!!!

d- Governan Islam
    - Mungkin ramai yg kurang berminat bila dgr perkataan governan  huhu...tp jangan risau pengkususan ini hanyalah sekadar untuk mengetahui asas pentadbiran dalam organisasi dan sistem kerajaan di Malaysia so dia bknnya seboring yang anda sangkakan pon hahahahaha...

* Setiap pengkhususan yang ditawarkan adalah bersamaan dengan 27 jam kredit.


2- Sarjana Muda Usuluddin
Tempoh Pengajian: 3 1/2 tahun
Jumlah Semester: 7 Semester  
Jumlah Jam Kredit: 129 Credit Hours

Deskripsi: Pelajar akan didedahkan dengan ilmu teologi klasik dan juga ilmu asas perbandingan agama kontemporari sepanjang tempoh pengajian. Pelajar juga akan diminta untuk memilih salah satu daripada 3 pengkhususan yang ditawarkan

Pengkhususan yang ditawarkan:

a- Pemikiran Islam & Pengajian Kerohanian
    - Bagi mereka yang berminat dengan psikospiritual Islam, fahaman dan ajaran sesat di Malaysia, radikal Islam dan liberal ini adalah pengkhususan yang sesuai untuk anda. Pernah ada org tnya belajar akidah nk buat apa lepas degree? Peluang pekerjaan luas je tahukah anda di Negeri Sembilan contohnya ada Pusat Rawatan Akidah utk mereka yg ingin murtad (keluar daripada Islam). Jadi peluang pekerjaan sentiasa ada.

b- Sejarah & Tamadun Islam
    - Bila dgr pasal sejarah mesti ramai yg fikir pengkhususan ini sedikit boring, Tetapi sebenarnya pengkhususan ini banyak 'field trip' ke luar negara dan buat kajian lapangan tentang kesan peninggalan sejarah di sana. Jadi, ia bukanlah sekadar belajar semata-mata. 

c- Dakwah & Pembangunan Insan
    - Pengkhususan dakwah juga amat menarik kerana anda akan diperkenalkan dengan metodologi dan teori dakwah, dakwah dalam kelompok minoriti, penulisan  dakwah, media dakwah dan usul dakwah. Pengkhususan ini juga menawarkan banyak aktiviti kemasyarakatan dan dakwah di luar kelas untuk engage org ramai. Di Malaysia, ada bnyak badan NGO dakwah yang menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan.

* Setiap pengkhususan yang ditawarkan adalah bersamaan dengan 27 jam kredit.


3- Sarjana Muda Al-Quran dan Al-Hadith
Tempoh Pengajian: 3 1/2 tahun
Jumlah Semester: 7 Semester  
Jumlah Jam Kredit: 129 Credit Hours

Deskripsi: Pelajar yang berminat dengan metodolgi pengajaran Quran dan Hadith boleh memohon course ini. Pelajar akan didedahkan dengan konsep Sains berpandukan Quran dan Sunnah, Media Quran dan Hadith, Asbabun Nuzul, Riwayat Hadith, Asas Taranum dan Qiraat serta lain-lain lagi.

Nota tambahan: Sebelum ini Sarjana Muda Al-Quran dan Al-Hadith dikenali sebagai sebagai Sarjana Muda Usuluddin (Al-Quran dan Al-Hadith). Walaubagaimanapun, bermula sesi 2021/2022 program ini ditukar nama dan diperbaharukan kurikulum pembelajaran. 


4- Sarjana Muda Pengurusan Muamalat
Tempoh Pengajian: 4 tahun
Jumlah Semester: 8 Semester  
Jumlah Jam Kredit: 137 Credit Hours

Deskripsi: Sarjana Muda Pengurusan  Muamalat ataupun nama lainnya Sarjana Muda Syariah dan Pengurusan merupakan course yg berdurasi selama tempoh 4 tahun (bersamaan 8 semester). Pelajar akan didedahkan dengan ilmu finance and banking, basic accounting, marketing dan beberapa perkara lain yang berkaitan. Untuk mereka yang bercita-cita ingin menjadi pegawai bank, penasihat kewangan Islam dan sebagainya ini adalah course yang tebaik untuk anda.


5- Program Pendidikan Islam (Sarjana Muda Pendidkan Islam)
Tempoh Pengajian: 4 tahun
Jumlah Semester: 8 Semester  
Jumlah Jam Kredit: 146 Credit Hours

Deskripsi: Sarjana Muda Pendidikan Islam ataupun lebih mesra dipanggil sebagai SMPI merupakan program pendidikan yang ditawarkan di Akademi Pengajian Islam. From time to time, pelajar course ini akan travel daripada Akademi Pengajian Islam ke Fakulti Pendidikan UM untuk mengikuti beberapa subjek pendidikan seperti Falsafah Pendidikan, Psikologi Pendidikan dan sebagainya, Walaubagaimanapun, lazimnya pelajar akan bnyak menghabiskan masa di Akademi Pengajian Islam. Program ini merupakan hasil kerjasama antara pihak Fakulti Pendidikan UM dan Akademi Pengajian Islam. 

Pelajar akan diminta memilih salah satu daripada dua jurusan yang ditawarkan:

a- Pengajian Islam 
    - Pelajar yang memilih Pengajian Islam akan didedahkan dengan metodologi kaunseling dan bimbingan, falsafah pendidikan Islam, teori akhlak dalam pendidikan dan sebagainya.

b- Pengajian Quran 
    -  Pelajar yang memilih Pengajian Quran akan didedahkan dengan asas metodologi Quran dan Qiraat, asas bertarannum dan kaedah pendidikan Quran.

Nota tambahan: Pelajar perlu melepasi ujian MEDSI dan lulus temuduga khas terlebih dahulu sebelum layak untuk mendaftar program pengajian tersebut.


6- Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang
Tempoh Pengajian: 4 tahun
Jumlah Semester: 8 Semester Biasa 1 Semester Khas
Jumlah Jam Kredit: 156 Credit Hours

Deskripsi: Pelajar yang berminat untuk menjadi seorang peguam syarie, hakim syarie, penasihat undang-undang, pegawai syariah dan pendaftar kes ini adalah course untuk anda, Pelajar akan mempelajari Syariah klasik, Undang-undang Syariah Professional, Undang-undang Sivil sepanjang tempoh pengajian. Perlu diingatkan bahawa ini bukanlah double degree seperti LLB.S (Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dan Sarjana Muda Syariah (Syariah)) seperti yang ditawarkan di IIUM dan USIM. Program ini bersifat single honours dan juga double major.

Nota tambahan: Syarat khas untuk ke program ini adalah B+ English SPM dan MUET minimum Band 3 lagi tinggi lagi bagus.


Berikut merupakan kos Sarjana Muda yang ditawarkan kepada lepasan Asasi Pengajian Islam dan setaraf. Akan tetapi, pihak Akademi Pengajian Islam ada satu kerjasama bersama Jabatan Bahasa Arab dan Timur Tengah, Fakulti Bahasa dan Linguistik UM untuk menerima sekitar 3-5 orang pelajar setiap sesi daripada lepasan Asasi Pengajian Islam. Mereka yang berminat akan ditemuduga secara khas oleh pensyarah bahasa Arab Pusat Pendidikan Universiti Malaya (PPUM) Bachok Kelantan.

1. Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik (Bahasa Arab)
Tempoh Pengajian: 3 1/2 tahun
Jumlah Semester: 7 Semester 
Jumlah Jam Kredit: 126 Credit Hours


Asasi Pengajian Islam dan Sains (APIdS) sebelum ini menawarkan dua program pengajian bagi peringkat sarjana muda iaitu;

1- Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains; dan

2- Sarjana Muda Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat

Walaubagaimanapun, bermula sesi 2021/2022 program Sarjana Muda Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat terpaksa 'direhatkan' terlebih dahulu sehingga ke suatu tempoh tertentu atas dasar semakan kurikulum. Jadi, pelajar APIdS hanya akan boleh memilih satu program sarjana muda sahaja iaitu Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains.

1- Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains
Tempoh Pengajian: 4 tahun
Jumlah Semester: 8 Semester 
Jumlah Jam Kredit: 165 Credit Hours

Deskripsi: Program ini merupakan program 'double major' pertama yang diperkenalkan di Malaysia. Ia merupakan sepadu kerjasama antara Akademi Pengajian Islam dan Fakulti Sains UM. Pelajar akan didedahkan dengan integrasi sains Islam, falsafah sains Islam dan banyak lagi.

Pelajar akan diminta memilih salah satu daripada empat pengkhususan yang ditawarkan:

Berikut merupakan pengkhususan yang boleh diambil oleh pelajar Sains Hayat APIdS:

a- Kimia Gunaan (Applied Chemistry)

b- Biologi (Biology)

c- Pengurusan Alam Sekitar (Environmental Management

Berikut merupakan pengkhususan yang boleh diambil oleh pelajar Sains Fizikal APIdS:

d- Fizik (Physics)

* Setiap pengkhususan yang ditawarkan adalah bersamaan dengan 46 jam kredit.

Nota tambahan: Taklimat pemilihan course akan diberikan dengan lebih lanjut oleh pensyarah APIdS dan penyelaras program Sains Gunaan Pengajian Islam.
So tu je segment kali nie insyallah ada persoalan akn dijawab hihi so feel free to komen...Jazakallah kerana membaca dan semoga ada  lah pencerahan sket utk mereka ii yg berminat bidang ii agama / arab nie amin 😇
Info lanjut boleh layari laman web tertera: https://apium.um.edu.my/bachelor-programme

88 comments:

  1. hi, assalamualaikum. nk tanya, kampus asasi pengajian islam um dkat mana ye skrg? masih di nilam puri ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Start thn nie baru pindah di kampus baru di Bachok Kelantan 💖

      Delete
    2. Itu pun sampai sekarang pelajar masih tidak dapat pulang ke sana.bangunan tidak fully sempurna.

      Delete
  2. Assalamualaikum nak tanya, kalau kita ambil degree usuluddin (dakwah dan pembangunan insan), boleh sambung master dlm bidang kaunseling atau more kpd usuluddin dan dakwah shj?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam blh sahaja cuma memandangkan kos kaunseling merupakan kos pendidikan jadi utk sambung master dlm kaunseling awak kena amik postgrad diploma in education terlebih dahulu ✨

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam nak tanya asasi pengajian islam memang ada di kelantan je ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam ya hnya di kelantan utk asasi degree nnti semua di kl

      Delete
    2. Salam nak tanya Sarjana Muda Usuluddin boleh ke melalui pengajian jarak jauh? saya di Sepang.

      Delete
    3. Waalaikumsalam -- Ya Allah dkt setahun lebih x perasan komen pasal Pengajian Jarak Jauh (PJJ) - Yang menawarkan option PJJ cuma kos Sarjana Muda Al-Quran dan Hadith je -- kos lain semua full-time

      Delete
  5. Salam . Jika saya mohon asasi pengajian islam ,, boleh tak saya nak sambung degree pengajian islam dan teknologi maklumat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam bagi Sarjana Muda Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat program tersebut terpaksa direhatkan terlebih dahulu bermula sesi kali ini atas dasar semakan kurikulum program sehingga kepada suatu tempoh yang ditetapkan

      Walaubagaimanapun if still berminat dlm Sains dan Islam blh pilih option Sains yang lain mcm Pengajian Islam dan Sains (Kimia Gunaan, Fizik, Biologi, dan Alam Sekitar)

      Delete
  6. Salaam,untuk lepasan diploma Pengajian Islam (Dakwah) , bulih ke kalau dia nak ambik degree Bahasa Melayu ? Sbb bila check portal UM takde pun syarat kemasukan yang baharu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam maaf sy x sure kelayakan kemasukan utk fakulti lain 😅 mungkin blh tnya kenalan yg lain

      Delete
  7. assalamualaikum , boleh tahu tak sarjana muda sejarah dan tamadun islam itu apa sahaja subjek yang dipelajari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sy x blh nk share screenshot list subjek jadi sy share briefly je

      Utk sejarah tamadun Islam awak akn amik:

      1- Subjek Universiti (20 credit hours)
      2- Teras Fakulti (12 credit hours)
      (Antara subjek Bahasa Arab, Pengantar Syariah, Pengantar Usuluddin, Tilawah Hafazan dan Metodologi Penyelidikan Islam)

      3- Teras Program (60 credit hours)
      (Antara subjeknya Ulum Quran, Ulum Hadith, Usul Fiqh dan subjek ii berkaitan Usuluddin)

      4- Pengkhususan (27 credit hours)
      (Nie adalah subjek ii Sejarah Islam seperti Tamadun Islam di Nusantara, Tamadun Islam di Jerusalem, Falsafah Sejarah Islam, Warisan Perubatan Islam etc bnyak lagi)

      5- Elektif Fakulti (12 credit hours)
      (Blh pilih mana ii subjek yg berkenaan ditawarkan oleh fakulti dari semasa ke semasa)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  8. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, saya nak tanya, kalau saya ambil stpm(aliran sains sosial) yang subjeknya ada syariah, bolehkah untuk saya menyambung pengajian degree saya dalam jenis jenis pengajian islam walaupun saya dulu dekat sekolah menengah harian tiada bahasa Arab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sis amik subjek apa dulu masa Stpm? Apa yg sy tahu utk peringkat degree UM masih melihat kpd subjek Spm so wajib amik Bahasa Arab, Aqs dgn Psi…tp maybe blh tnya org yg lebih arif 😅

      Delete
  9. Assalamualaikum,dengar katanya um islamic studies untuk asasi kampusnya di Kelantan.Adakah untuk ijazah sarjana muda kampusnya juga di kelantan atau di KL?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam ya asasi di kelantan tapi sarjana muda di Kuala Lumpur

      Delete
  10. Salam kak. Kalau temuduga ke sarjana muda pendidikan islam tu tak.lepas, kita boleh pilih course lain kt UM tu ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kalau awak lepasan asasi pengajian islam, if x lps temudiga dan ujian medsi awak akan dimasukkan ke dlm course lain di Api

      Klau awak lepasan stpm/setaraf kemungkinan besar awak akn masuk ke dlm kos pilihan awak yg bkn dlm major pendidikan sbb mana ii ipt wajib lepas temuduga dan ujian medsi utk masuk kos pendidikan

      Delete
  11. Assalamualaikum saya nak tanya kalau lepas habis ijazah sarjana muda untuk pengajian islam ada peluang ke untuk ke timur tengah dan sbgnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam blh sahaja in fact ramai je pensyarah pegi timur tengah lpas degree …skor yg elok ii insyallah blh

      Delete
  12. Kenapa degree Arab tu dia ambil 3-5 orang je?😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😭 x tau ahhh tu depends pada Jabatan Bahasa Arab dan pihak pensyarah Kampus Bachok

      Delete
  13. Assalamualaikum...pelajar lulusan diploma tahfiz dan qiraat dan ada SPM aliran sains layak tak mohon ijazah sarjana muda pengajian Islam dan sains?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam x blh…sarjana muda pengajian islam dan sains hanya terbuka utk pelajar lepasan asasi pengajian islam dan sains sahaja…

      Delete
  14. Assalam nak tanya..kalau lepasan diploma usuludin..nak sambung amik ijazah bahagian pendidikan boleh x? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam blh sahaja…asalkan lpas ujian medsi dan lepas temuduga

      Delete
  15. Asalammualaikum akak,saya pelajar asasi API 2021,Saya sebenarnya nak tanya banyak kat akak,akak boleh bagi email tak,sebab saya nak tanya saya nak jadi guru lepas ijazah,tapi um kata open market,akak ade email tak,saya nak tanya banyak sangat,tolong kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, sarjana muda pendidikan di mana ii ipta ataupun ipts semuanya open market 😅 maksudnya after grad kena pegi interview gak sama mcm org lain klau lpas interview nnti posting ke sekolah ii…sama jugak kalau amik postgraduate diploma in education sama juga konsep open market…

      Yg x open market confirm penempatan cuma lpasan IPG je 😅

      Tp klau nk email tnya ii blh email kat sini: lolicious1346@gmail.com

      Delete
  16. assalamualaikum, nak tanya jika lepasan stpm aliran sains sosial boleh ke ambil degree in course usuluddin atau pendidikan islam? tapi without subjek usuluddin sbb time stpm takda amik subjek tu. time stpm just amik subjek ekonomi, bm, sej dan pengajian am. boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam…x blh sebenarnya sbb Akademi Pengajian Islam hanya menerima pelajar lpasan Stpm yang mengambil matapelajaran Usuluddin/Syariah dan Bahasa Arab…

      Tp klau nk masuk UM course lain boleh aje 👍🏻

      Delete
  17. assalamualaikum ingin bertanya beberapa soalan:
    1.ada ke peluang pekerjaan kalau kita amik course quran dan hadith?
    2.ada peluang lagi ke nak jadi cikgu walaupun kat upu x mintak pendidikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam okay saya jawab satu ii ehh;

      1- Peluang pekerjaan banyak je yg berkaitan dgn course pengajian; Standard kita dengar pensyarah dgn pegawai pendidikan (Guru)

      Tp pekerjaan lain termasuklah pegawai hal ehwal agama Islam, kalau cita ii lagi tinggi blh consider as ahli jawatankuasa muzakarah Mufti Negeri, researcher di Institut Kefahaman Islam (IKIM), Jakim, Sirim sbb skarang bnyak persoalan dan kajian mengenai Sains dan Quran

      Kalau nk kerja kat bank pon blh as penasihat kewangan Islam…nnti skop kerja research polisi perbankan semasa berdasarkan analisis Quran/Sunnah

      2- Untuk peluang jadi guru, untuk sektor kerajaan perlulah lepasan Pendidikan Islam atau mana-mana Sarjana Muda dengan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)…tp klau swasta dia x lenient so blh apply tanpa diploma Pendidikan

      Peluang tu bergantung kepada pasaran guru semasa…harap membantu persoalan awak

      P/s: Saya bkn pelajar Al Quran dan Hadith nie based on jawapan kwn saya ✨

      Delete
  18. Waalaikumsalam okay saya jawab satu ii ehh;

    1- Peluang pekerjaan banyak je yg berkaitan dgn course pengajian; Standard kita dengar pensyarah dgn pegawai pendidikan (Guru)

    Tp pekerjaan lain termasuklah pegawai hal ehwal agama Islam, kalau cita ii lagi tinggi blh consider as ahli jawatankuasa muzakarah Mufti Negeri, researcher di Institut Kefahaman Islam (IKIM), Jakim, Sirim sbb skarang bnyak persoalan dan kajian mengenai Sains dan Quran

    Kalau nk kerja kat bank pon blh as penasihat kewangan Islam…nnti skop kerja research polisi perbankan semasa berdasarkan analisis Quran/Sunnah

    2- Untuk peluang jadi guru, untuk sektor kerajaan perlulah lepasan Pendidikan Islam atau mana-mana Sarjana Muda dengan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)…tp klau swasta dia x lenient so blh apply tanpa diploma Pendidikan

    Peluang tu bergantung kepada pasaran guru semasa…harap membantu persoalan awak

    P/s: Saya bkn pelajar Al Quran dan Hadith nie based on jawapan kwn saya ✨

    ReplyDelete
  19. Salam, kos usuluddin, apa kerjaya yang dia boleh sambung selepas habis degree?

    Kedua, kalau dari al azhar saya nak sambung master kat UM kos usuluddin agaknya berapa lama dan ada syarat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sy jawab satu ii ehh…

      1- Utk soalan pertama, Usuluddin di UM ada tiga pengkhususan klau ckp Usuluddin sahaja peluang pekerjaan dia luas 😂✋🏻

      Klau pengkhususan Akidah dan Pemikiran Islam: Psikoterapi Islam, Pegawai di Institut Kefahaman Islam (IKIM), Pusat Rawatan Akidah etc

      Sejarah dan Tamadun Islam: Staff di muzium, blh jadi tour guide utk bagi explanation pasal Sejarah Islam

      Dakwah dan Pembangunan Insan: Semestinya pendakwah di badan kerajaan mcm Jakim, atau badan Ngo, perundingcara keluarga etc

      Dulu ada juga Al Quran dan Al Hadith tp skarang kursus Al Quran dan Hadith berdiri dgn sendirinya; peluang pekerjaan blh jadi researcher di Bank atau Sirim ke…skarang nie ramai memerlukan pakar untuk maslahat semasa berpandukan Quran dan Sunnah

      Persamaan; Penyelidikan seperti pensyarah dan cikgu, pegawai di jabatan agama islam negeri

      Baiklah utk peringkat Master dalam Usuluddin, syarat minimum biasanya akn grad dlm masa setahun…tp depends lah klau thesis x siap ii blh drag masa graduation kadang ada org 4 thn baru settle Master (jarang tp pernah berlaku)

      Syarat utk Master Usuluddin seperti yang berikut;

      1- Lepasan ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin/Pengajian Islam…

      2- CGPA degree mestilah bernilai 3.00 dan ke atas…

      Delete
  20. Assalamualaikum,saya student dip pengajian islam ,sye nak tanye nt sye nk sambung degree sye kn ambik course pendidikan islam jgk ke sebab sye nak jdi cikgu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, ya kalau nk jadi cikgu seeloknya ambil Sarjana Muda Pendidikan Islam 👍🏻

      Delete
  21. Aslm saya nak tanya lepasan diploma syariah boleh ke nk smbung ijazah syariah fiqh dan usul di um dan adakah um adakan temuduga untk mmasukinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam blh sahaja…tiada temu duga utk course Fiqh dan Usul blh apply insyallah dpt

      Delete
  22. assalamualaikum saya nak tanya saya ambil diploma syariah di uni awam boleh ke nk transfer credit sbb bljr di diploma sudh mngambil masa yg lama dan ijazah boleh dikurgkan x smasa bljr di um dalam kos syariah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam short answer boleh walaubagaimanapun reality answer agak susah nk transfer mostly kwn diploma sy semua x dpt pindah kredit 😵‍💫

      Delete
  23. assalamualaikum sis nk tanye ni kalau amik kos degree quran hadith kat um ape list subjek yg perlu diambil?... tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sis, kos Al Quran dan Al Hadith adalah pembaharuan daripada kos lama Sarjana Muda Usuluddin (Al Quran dan Sunnah) yang baru sahaja diperkenalkan bermula sesi depan…jadi sy x tahu penyusunan subjek dia bagaimana

      Delete
  24. salam kak, kalau sarjana muda pengurusan muamalat ni under fakulti apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam under Akademi Pengajian Islam 😘 Akademi tu istilah yg sama mcm Fakulti 😂 baru dpt result upu ke nie tahniah 💕

      Delete
  25. Kenapa ye AQSA diasingkan dari Usuluddin?...Mereka baru mula asingkan bermula sesi 21/22 ke? dan adakah subjek yang akan dipelajari sama seperti semasa AQSA dibawah Usuluddin dahulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, sebelum ini AQSA merupakan pengkhususan utk elektif pengkhususan teras Usuluddin…sy x tahu kenapa dan mengapa 😅

      Untuk subjek pon sy masih tidak pasti sebab tiada hebahan lagi tp barangkali teras masih bawah usuluddin

      Delete
  26. Assalamualaikum kak. Nk tnya apa syarat untk kemasukan sarjana muda syariah (astronomi islam)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam blh tekan link dlm blog di atas ✨✅

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  27. Assalamualaikum kak, nk tnye. Saya new intake for kos syariah. Ikut pesan akk kene plh 1 dr 4 pengkhususan kos tu. Jdi contoh sye nk pilih fiqh n usul so kos yg ditawarkan adlah berdsrkan kos tu shje la ye?? So total hour credit 27 drpd 131.jdi bakinya nk penuhkan dr mne ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam hai awak, maafkan saya ada ralat total credit hours utk Sarjana Muda Syariah, Sarjana Muda Usuluddin dan Sarjana Muda Al Quran dan Al Hadith adalah 129 sahaja bermula sesi 2021/2022..akan di edit nnti

      Baiklah untuk menjawab pertanyaan awak; 129 jam kredit akan memenuhi-

      20 ch: Kursus Universiti
      10 ch: Teras Akademi (Bahasa Arab I & II, Pengantar Pengajian Syariah, Pengantar Pengajian Usuluddin, Tilawah Hafazan)
      62 ch: Teras Program (Syariah)
      27 ch: Pengkhususan (Bergantung kepada pemilihan awak)
      10 ch: Elektif Akademi

      Delete
    2. Ohhh paham2. Terima kasih. Kirenye tunggu taklimat dr pihak apium la ni. Terima kasih sgt2 byk membantu. Btw, sorry. I mistook ur gender. Thank you so much bang.

      Delete
  28. salam ,saya amik cos diploma akidah dan pemikiran islam ,boleh suggest kan tak cos apa yg okay tuk sambung degree nnt dan ada tak peluang untuk sambung degree di luar negara ( cos apa ) .

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum, utk pjj ade ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, ada ditawarkan boleh check laman web UM utk info lanjut

      Delete
  30. Assalamualikum akk sy nk smbg muamalat , susah tak kos ni ?
    lps tu ade belajo subject ape je , ade nahu sarf lagi ke 😭 . tak snggup dah HAHAHAHA
    2)mana more better muamalat or syariah dan ekonomi sbb sy nk keje kat bank 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam…first of all sy bkn kos muamalat so sy x sure senang atau tidak kos nie…bahasa arab nnti blaja dua kali je dia dh x ulang blk basic nahu saraf lebih kpd Qiraat dan Kitabah shaja…bagi sy klau dh target nk kerja bank better amik muamalat rather than syariah eko

      Delete
  31. Assalamualaikum kak,nak tanya.boleh ke kalau saya nak sambung degree pendidikan di IPTA tapi masa diploma saya ambil syariah undang" dari ipts

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam boleh sahaja...asalkan lpas sesi temuduga dan ujian medsi nnti

      Delete
  32. Salam kak. Sy lepasan dip pengajian islam dan sy hajat nak sambung ijazah quran dan sunnah. Boleh ke sbb mcm agak jauh bezanya. Sy pun dah lama tertanya boleh ke tukar kos dan adakah akan belajar basic dulu atau teruskan mcm tu je pengajian bagi pelajar yg akan tukar kos mcm sy?

    1 lagi, sy tertanya jugak, wajib hafal 30juz sblm masuk ijazah ke sbb sy blm 30juz lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, maaf lambat reply blh shaja nk tukar sket bidang tu hihi...utk degree masih mcm biasa start dgn basic dulu baru advance.

      Dan bagi menjawab persoalan x perlu pon hafal 30 juzuk jgn risau tp klau hafal tu kira kelebihan utk diri sendiri insyallah

      Delete
  33. Assalamualaikum, saya nk tanya, ijazah sarjana usuluddin di UM belajar dalam bahasa arab atau melayu . Kalau pendidikan pengajian islam pun sama ke? . Terimakasih :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, semua kos di Akademi Pengajian Islam akan ada subjek yg bahasa pengantar dalam arab ada yg dlm bahasa melayu ada yg dlm english semua sama shaja

      Delete
  34. Assalamualaikum nk tnya.. kos pendidkan islam pengajian quran tu bru ja ka atau dh lama? Dri tahun brp?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam sy pon x sure x mahir sejarah ii nie tp yg pasti memang dh lama ada lah

      Delete
  35. assalamualaikum, pelajar lepasan spm nak sambung bidang alquran dan hadith tapi in spm tkde ambil bahasa Arab boleke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam x silap degree akn tgk jugak result spm wajib ada arab tp maybe blh tnya senior or kenalan yg lebih arif

      Delete
  36. Assalamualaikum wmt.Saya telah ada Dip in Early Childhood,boleh ke saya nak sambung degree in Pengajian Islam?.Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, maaf x blh sbb degree dlm pengajian islam nie hnya menerima student dripada diploma yg berkaitan dgn pengajian islam..

      Delete
  37. saya nk tanya ,bole x terangkan ttg course pengurusan muamalat lebih lanjut dari segi subjek dan pilihan kerjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, bila kita kata pasal pengurusan muamalat nie dia act gabungan pengajian islam (syariah) dan pengurusan...senang crite kos nie fokus kpd perbankan dan kewangan islam, isu semasa berkaitan muamalat, asas perakaunan dan ekonomi

      Pilihan kerjaya antaranya pegawai bank, penasihat syyariah dan segala perkara yg berkaitan dgn kewangan islam mcm takaful ke

      In fact ramai je senior ii kerja di bahagian financial services after graduate

      Delete
    2. Bahasa pengantarnya English ke kak

      Delete
    3. Campur; BM, English and sometimes Arab

      Delete
  38. Assalamualaikum dan selamat berpuasa saya nak tanya beberapa soalan untuk akak.
    1. Saya waktu sekolah menengah sekolah biasa x ambik subjek bahasa arab tapi waktu dip saya ambik course dip pengajian Islam. Boleh jugak ka saya nak ambik deg pengajian Islam even saya x ambik subj bahasa arab dekat sekolah?
    2. Bahasa pengantar untuk deg pengajian Islam apa ya?
    3. Saya dah ambik dip pengajian Islam boleh ka saya nak transfer kredit untuk deg nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Sorry lambat reply.

      1. Kalau SPM x ambil bahasa arab, tak boleh masuk degree Akademi Pengajian Islam dkt UM walaupun diploma pengajian Islam.
      2. Bahasa pengantar degree pengajian Islam BM, English and sometimes arab..
      3. Transfer credit boleh tapi UM mcm susah sikit nk luluskan transfer credit banyak-banyak

      Delete
  39. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum..saya nak bertanya...sesiapa boleh x terangkan peluang pekerjaan untuk course syariah bagi setiap pengkhususan tu...kalau boleh jawab secepat mungkinlah..sebab saya memang nak masuk UM dah nanti...takut nanti dah penat² belajar...tiada peluang pekerjaan untuk course² syariah ni

    ReplyDelete
  41. assalamualaikum boleh saya juga tahu tak apa subjek yang ada dalam degree pengurusan muamalat dan degree pendidikan pengajian islam (PENGAJIAN ISLAM)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Boleh refer website Akademi Pengajian Islam UM -- Buku Panduan Ijazah Dasar dan cari sesi terkini

      Delete
  42. Assalamualaikum, ingin bertanya. Lepasan asasi pengajian Islam dari IPTS diterima atau tidak untuk sambung belajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam di UM?

    Mohon pencerahan, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam — ini owner blog nie tau btw…Asasi Pengajian Islam dkt UIS ke?

      Saya ada junior yang ambil degree Shariah Law UM daripada Asasi Pengajian Islam UIS juga — dia kata sgt susah utk diterima masuk walaupun result asasi padu… sebab UM sendiri dah ada asasi pengajian islam dia sendiri jadi UM bnyak menerima student stpm/stam/diploma berbanding asasi ipts lain —

      Tapi boleh cuba nasib kalau lepas dan dipanggil temu duga khas untuk program degree Pendidikan Islam insyallah dapat…

      Delete
  43. assalam sy nak tanye,senang ke nak masuk asasi pengajian islam di um?berminat sgt

    ReplyDelete