Monday 9 October 2023

Program Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya

Program Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya 


Assalamualaikum wbt,

Jadi pada hari ini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai program asasi yang ditawarkan oleh  Universiti Malaya.

Secara dasarnya, Universiti Malaya menawarkan 5 program yang berbentuk asasi mahupun program persediaan:

Program Asasi:

1- Asasi Sains Fizikal

2- Asasi Sains Hayat

3- Asasi Pengajian Islam

4- Asasi Pengajian Islam dan Sains (APIdS)

5- Asasi Sains Sosial (Program Asasi baru diperkenalkan bermula sesi 2023/2024)


Program Persediaan:

1- Program Khas Bahasa Arab (PKBA)

2- Program Persediaan ke Jepun




Malangnya, saya tak boleh nak terangkan secara terperinci mengenai program Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Sosial dan Program Persediaan ke Jepun. Jadi, korang boleh tanya orang yang lebih arif.

Baiklah back to the main story, saya akan menerangkan mengenai program asasi yang ditawarkan oleh Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Saya akan segmen satu-satu program:

1- Asasi Pengajian Islam (Foundation in Islamic Studies)

Durasi: Setahun
Semester: 2 Semester Biasa
Kampus: Pusat Pendidikan Universiti Malaya (PPUM), Bachok Kelantan

Asasi Pengajian Islam merupakan satu-satunya program asasi di Universiti Malaya yang tidak berada di Kampus Utama ketika tempoh pengajian asasi. Tetapi jangan risau, degree nanti semua akan belajar dekat Kuala Lumpur asasi sahaja di Kelantan. Antara kebaikan belajar di Kelantan makanan murah, waktu curfew yang fleksibel, program ilmu yang pelbagai dan macam-macam lagi.

Basically, awak kena get ready dengan asas bahasa Arab yang mantap kerana kesemua subjek akan dipelajari dalam bahasa Arab. Buku teks dalam bahasa Arab final examination pun dalam bahasa yang sama. Akan tetapi jangan risau, anda akan dibimbing oleh pensyarah yang baik hati dan tidak jemu mengajar. 

Antara subjek yang anda akan belajar termasuklah subjek pengajian Islam dalam bahasa Arab dan subjek bahasa Arab juga dalam bahasa Arab. Bagi subjek bahasa Inggeris, anda akan belajar dalam bahasa Inggeris dan juga subjek Pembinaan Sahsiah dalam bahasa Melayu.

Di kampus Bachok, akan diadakan kuliah Tafaqquh pada waktu malam Isnin dan Selasa akan belajar matan Ajrumiyyah, matan Bina' dan matan Abi Syuja'. Akan diadakan juga aktiviti muntada dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris pada semester 2 (Aktiviti ini hanya untuk menguatkan bonding antara majmuah di samping mengasah bakat pelajar).

Kebaikan mengambil asasi ini adalah anda akan mendapat tempat secara khusus (tidak perlu isi UPU sekali lagi) di peringkat sarjana muda akan tetapi perlu berebut untuk kursus yang diminati. Keburukan kelayakan anda hanya mampu menempatkan anda di Akademi Pengajian Islam atau Fakulti Bahasa dan Linguistik (Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Arab), kalau CGPA asasi bawah 3.0 maka akan burn asasi dan tak layak pergi ke tempat lain untuk degree. Tapi jangan risau, kebiasaannya ramai yang skor result bagus-bagus.











2- Asasi Pengajian Islam dan Sains (Foundation in Islamic Studies and Science)

Durasi: Setahun
Semester: 2 Semester Biasa 
Kampus: Pusat Asasi Sains dan Akademi Pengajian Islam
Pengkhususan: Sains Fizikal dan Sains Hayat

Berbeza dengan Asasi Pengajian Islam, pelajar Asasi Pengajian Islam dan Sains akan mempelajari subjek pengajian Islam, bahasa Arab dan subjek sains.

Metod bahasa adalah bahasa Inggeris untuk kesemua subjek sains dan bahasa Arab untuk subjek bahasa Arab dan subjek Pengajian Islam.

Pelajar APIdS akan tavel daripada Akademi Pengajian Islam ke Pusat Asasi Sains daripada semasa ke semasa semasa kelas berlangsung.

Pelajar akan dibahagikan mengikut aliran sama ada Sains Fizikal mahupun Sains Hayat semasa proses pendaftaran kelak. Asasi Pengajian Islam dan Sains juga merupakan asasi tertutup bermakna pelajar boleh memohon kursus di Akademi Pengajian Islam sahaja di peringkat sarjana muda.


Baiklah untuk subjek, syarat am dan khas serta yuran akan disertakan dalam bentuk gambar. Untuk pelajar Asasi Pengajian Islam dan Asasi Pengajian Islam dan Sains, anda tidak memerlukan lagi PTPTN kerana akan ada bantuan kewangan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mereka yang isi pendapatan keluarga kurang daripada RM 10,000.00.








3- Program Khas Bahasa Arab (PKBA)

Durasi: Setahun
Semester: 2 Semester Biasa 
Kampus: Pusat Pendidikan Universiti Malaya (PPUM), Bachok Kelantan

(Terbuka untuk pelajar Sabah dan Sarawak)

Program ini adalah khas kepada pelajar Sabah dan Sarawak sahaja jadi yang tidak berkenaan boleh skip. Akan tetapi, jika awak anak kelahiran Sabah/Sarawak ataupun menetap di Sabah/Sarawak atau mempunyai ibu bapa yang kelahiran Sabah/Sarawak anda boleh memohon PKBA.

PKBA merupakan satu kerjasama antara pihak UM dan pihak negeri Borneo. Lazimnya, pelajar PKBA akan ditempatkan dalam program Sarjana Muda Pendidikan Islam pada peringkat degree kerana tujuan utama PKBA ditubuhkan untuk melahirkan lebih ramai tenaga pengajar ilmu agama untuk mengajar di Borneo selepas tamat graduasi. Akan tetapi, ada juga beberapa kes di mana pelajar menolak Sarjana Muda Pendidikan Islam dan tidak mendapat tempat akan kerana kuota terhad dan sebab tersendiri.

Secara asasnya, anda akan berada dalam PKBA selama setahun dan terus ditempatkan dalam program Asasi Pengajian Islam dan seterusnya Ijazah Sarjana Muda.

Program Khas Bahasa Arab (PKBA)  ----] Asasi Pengajian Islam ---] Ijazah Sarjana Muda

Untuk memasuki program ini, bukan melalui UPU akan tetapi melalui temuduga khas dan hebahan di portal rasmi UM. Peringkat pemilihan adalah berdasarkan temuduga dan ujian bertulis khas.

Kebaikan program ini anda akan ditaja oleh kerajaan negeri masing-masing ada elaun dan sebaginya. Bila masuk asasi pula, boleh mohon elaun daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Selain itu, pelajar akan lebih mendalami ilmu bahasa arab dan penguasaan yang tinggi berbanding pelajar asasi yang lain.

Pelajar Borneo boleh pilih sama ada nak masuk PKBA atau terus masuk asasi mana-mana pun okay boleh mohon dua-dua dan istikharah bila dapat keputusan kelak.



Syarat Kemasukan ke peringkat Sarjana Muda di Akademi Pengajian Islam bagi Program Asasi Pengajian Islam dan Sains (APIdS) dan Program Asasi Pengajian Islam Pusat Pendidikan UM Bachok adalah seperti yang berikut:

1- CGPA program asasi perlulah bersamaan 3.00 dan ke atas. Sekiranya berada di bawah paras PNGK 3.00, anda dianggap gagal asasi dan tidak boleh memasuki program Sarjana Muda di UM.

2- Keputusan Malaysia University English Test (MUET) adalah sekurang-kurangnya Band 2. Peperiksaan MUET akan diambil pada semester 1 pengajian secara kebiasaannya.

3- Untuk pemilihan program Sarjana Muda, akan dilakukan pada semester 2 program Asasi Pengajian Islam dan program Asasi Pengajian Islam dan Sains (APIdS) oleh pensyarah dan penyelaras kursus pengajian. 


Disclaimer: Pelajar tidak boleh menggunakan kelayakan program Asasi Pengajian Islam dan Asasi Pengajian Islam dan Sains (APIdS) untuk mana-mana program Sarjana Muda di IPT lain selain daripada program Sarjana Muda di Akademi Pengajian Islam UM sahaja. Syarat ini adalah dikecualikan bagi pelajar yang dipilih oleh pensyarah untuk mengikuti Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Arab di Fakulti Bahasa dan Linguistik.



Insyallah, sekian sahaja perkongsian kali ini. Jikalau terdapat persoalan yang berbangkit boleh nyatakan di ruangan komen. Sekian ^-^