Monday 9 October 2023

Program Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya

Program Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya 


Assalamualaikum wbt,

Jadi pada hari ini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai program asasi yang ditawarkan oleh  Universiti Malaya.

Secara dasarnya, Universiti Malaya menawarkan 5 program yang berbentuk asasi mahupun program persediaan:

Program Asasi:

1- Asasi Sains Fizikal

2- Asasi Sains Hayat

3- Asasi Pengajian Islam

4- Asasi Pengajian Islam dan Sains (APIdS)

5- Asasi Sains Sosial (Program Asasi baru diperkenalkan bermula sesi 2023/2024)


Program Persediaan:

1- Program Khas Bahasa Arab (PKBA)

2- Program Persediaan ke Jepun




Malangnya, saya tak boleh nak terangkan secara terperinci mengenai program Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Sosial dan Program Persediaan ke Jepun. Jadi, korang boleh tanya orang yang lebih arif.

Baiklah back to the main story, saya akan menerangkan mengenai program asasi yang ditawarkan oleh Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Saya akan segmen satu-satu program:

1- Asasi Pengajian Islam (Foundation in Islamic Studies)

Durasi: Setahun
Semester: 2 Semester Biasa
Kampus: Pusat Pendidikan Universiti Malaya (PPUM), Bachok Kelantan

Asasi Pengajian Islam merupakan satu-satunya program asasi di Universiti Malaya yang tidak berada di Kampus Utama ketika tempoh pengajian asasi. Tetapi jangan risau, degree nanti semua akan belajar dekat Kuala Lumpur asasi sahaja di Kelantan. Antara kebaikan belajar di Kelantan makanan murah, waktu curfew yang fleksibel, program ilmu yang pelbagai dan macam-macam lagi.

Basically, awak kena get ready dengan asas bahasa Arab yang mantap kerana kesemua subjek akan dipelajari dalam bahasa Arab. Buku teks dalam bahasa Arab final examination pun dalam bahasa yang sama. Akan tetapi jangan risau, anda akan dibimbing oleh pensyarah yang baik hati dan tidak jemu mengajar. 

Antara subjek yang anda akan belajar termasuklah subjek pengajian Islam dalam bahasa Arab dan subjek bahasa Arab juga dalam bahasa Arab. Bagi subjek bahasa Inggeris, anda akan belajar dalam bahasa Inggeris dan juga subjek Pembinaan Sahsiah dalam bahasa Melayu.

Di kampus Bachok, akan diadakan kuliah Tafaqquh pada waktu malam Isnin dan Selasa akan belajar matan Ajrumiyyah, matan Bina' dan matan Abi Syuja'. Akan diadakan juga aktiviti muntada dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris pada semester 2 (Aktiviti ini hanya untuk menguatkan bonding antara majmuah di samping mengasah bakat pelajar).

Kebaikan mengambil asasi ini adalah anda akan mendapat tempat secara khusus (tidak perlu isi UPU sekali lagi) di peringkat sarjana muda akan tetapi perlu berebut untuk kursus yang diminati. Keburukan kelayakan anda hanya mampu menempatkan anda di Akademi Pengajian Islam atau Fakulti Bahasa dan Linguistik (Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Arab), kalau CGPA asasi bawah 3.0 maka akan burn asasi dan tak layak pergi ke tempat lain untuk degree. Tapi jangan risau, kebiasaannya ramai yang skor result bagus-bagus.











2- Asasi Pengajian Islam dan Sains (Foundation in Islamic Studies and Science)

Durasi: Setahun
Semester: 2 Semester Biasa 
Kampus: Pusat Asasi Sains dan Akademi Pengajian Islam
Pengkhususan: Sains Fizikal dan Sains Hayat

Berbeza dengan Asasi Pengajian Islam, pelajar Asasi Pengajian Islam dan Sains akan mempelajari subjek pengajian Islam, bahasa Arab dan subjek sains.

Metod bahasa adalah bahasa Inggeris untuk kesemua subjek sains dan bahasa Arab untuk subjek bahasa Arab dan subjek Pengajian Islam.

Pelajar APIdS akan tavel daripada Akademi Pengajian Islam ke Pusat Asasi Sains daripada semasa ke semasa semasa kelas berlangsung.

Pelajar akan dibahagikan mengikut aliran sama ada Sains Fizikal mahupun Sains Hayat semasa proses pendaftaran kelak. Asasi Pengajian Islam dan Sains juga merupakan asasi tertutup bermakna pelajar boleh memohon kursus di Akademi Pengajian Islam sahaja di peringkat sarjana muda.


Baiklah untuk subjek, syarat am dan khas serta yuran akan disertakan dalam bentuk gambar. Untuk pelajar Asasi Pengajian Islam dan Asasi Pengajian Islam dan Sains, anda tidak memerlukan lagi PTPTN kerana akan ada bantuan kewangan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mereka yang isi pendapatan keluarga kurang daripada RM 10,000.00.








3- Program Khas Bahasa Arab (PKBA)

Durasi: Setahun
Semester: 2 Semester Biasa 
Kampus: Pusat Pendidikan Universiti Malaya (PPUM), Bachok Kelantan

(Terbuka untuk pelajar Sabah dan Sarawak)

Program ini adalah khas kepada pelajar Sabah dan Sarawak sahaja jadi yang tidak berkenaan boleh skip. Akan tetapi, jika awak anak kelahiran Sabah/Sarawak ataupun menetap di Sabah/Sarawak atau mempunyai ibu bapa yang kelahiran Sabah/Sarawak anda boleh memohon PKBA.

PKBA merupakan satu kerjasama antara pihak UM dan pihak negeri Borneo. Lazimnya, pelajar PKBA akan ditempatkan dalam program Sarjana Muda Pendidikan Islam pada peringkat degree kerana tujuan utama PKBA ditubuhkan untuk melahirkan lebih ramai tenaga pengajar ilmu agama untuk mengajar di Borneo selepas tamat graduasi. Akan tetapi, ada juga beberapa kes di mana pelajar menolak Sarjana Muda Pendidikan Islam dan tidak mendapat tempat akan kerana kuota terhad dan sebab tersendiri.

Secara asasnya, anda akan berada dalam PKBA selama setahun dan terus ditempatkan dalam program Asasi Pengajian Islam dan seterusnya Ijazah Sarjana Muda.

Program Khas Bahasa Arab (PKBA)  ----] Asasi Pengajian Islam ---] Ijazah Sarjana Muda

Untuk memasuki program ini, bukan melalui UPU akan tetapi melalui temuduga khas dan hebahan di portal rasmi UM. Peringkat pemilihan adalah berdasarkan temuduga dan ujian bertulis khas.

Kebaikan program ini anda akan ditaja oleh kerajaan negeri masing-masing ada elaun dan sebaginya. Bila masuk asasi pula, boleh mohon elaun daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Selain itu, pelajar akan lebih mendalami ilmu bahasa arab dan penguasaan yang tinggi berbanding pelajar asasi yang lain.

Pelajar Borneo boleh pilih sama ada nak masuk PKBA atau terus masuk asasi mana-mana pun okay boleh mohon dua-dua dan istikharah bila dapat keputusan kelak.



Syarat Kemasukan ke peringkat Sarjana Muda di Akademi Pengajian Islam bagi Program Asasi Pengajian Islam dan Sains (APIdS) dan Program Asasi Pengajian Islam Pusat Pendidikan UM Bachok adalah seperti yang berikut:

1- CGPA program asasi perlulah bersamaan 3.00 dan ke atas. Sekiranya berada di bawah paras PNGK 3.00, anda dianggap gagal asasi dan tidak boleh memasuki program Sarjana Muda di UM.

2- Keputusan Malaysia University English Test (MUET) adalah sekurang-kurangnya Band 2. Peperiksaan MUET akan diambil pada semester 1 pengajian secara kebiasaannya.

3- Untuk pemilihan program Sarjana Muda, akan dilakukan pada semester 2 program Asasi Pengajian Islam dan program Asasi Pengajian Islam dan Sains (APIdS) oleh pensyarah dan penyelaras kursus pengajian. 


Disclaimer: Pelajar tidak boleh menggunakan kelayakan program Asasi Pengajian Islam dan Asasi Pengajian Islam dan Sains (APIdS) untuk mana-mana program Sarjana Muda di IPT lain selain daripada program Sarjana Muda di Akademi Pengajian Islam UM sahaja. Syarat ini adalah dikecualikan bagi pelajar yang dipilih oleh pensyarah untuk mengikuti Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Arab di Fakulti Bahasa dan Linguistik.



Insyallah, sekian sahaja perkongsian kali ini. Jikalau terdapat persoalan yang berbangkit boleh nyatakan di ruangan komen. Sekian ^-^

112 comments:

  1. kak saya ada soalan..sy ialah lepasan spm negeri sabah..utk masuk ke nilam puri, sy perlu lalui sebarng temu dugakah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai pelajar Borneo blh masuk ikut dua cabang sama ada melalui Program Khas Bahasa Arab atau Asasi Pengajian Islam

      Klau awak nk mohon yg PKBA awak akn blaja dua thn (setahun persediaan) (setahub lagi asasi) dan WAJIB pegi iv

      Klau awak perform spm and nk pegi program asasi terus mohon je direct under UPU dan x de iv just pastikan result som awak layak utk mohon

      Delete
  2. Assalamualaikum, saya dapat 7A dan 1B+(B. Arab) dan 1C(English), layak ke mohon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam layak sahaja sy dulu pon 7A jugak yg lagi 4 subjek B+/B dgn satu C+...okay je nk mohon 👍🏻

      Delete
  3. Waktu spm tak ambil arab.. masuk diploma belajar arab yang basic 2 thn (4 semester) layak ke untuk mohon?

    ReplyDelete
  4. Setahu saya syarat degree UM juga melihat kpd latar belakang spm sama ada lpasan agama atau lpasan biasa...sbb subjek Bahasa Arab/AQS dan PSI masih dipandang utk masuk degree 😅 lain uni lain syarat dia wallahualam

    ReplyDelete
  5. susah tak belajar dalam arab, pensyarah ajar laju macam cakap melayu ke slow slow. saya nak ambil asasi pengajian islam, tapi takut tak dapat bawak hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam memula nmpak susah tp soalan final 100% ikut buku sbb tahap asasi enn…and lecturer ckp melayu time tuto kuliah je arab so time tuto blh try fhm kan matapelajaran okay jgn risau ramai org skor kat sana

      Delete
  6. kak, UM ni kat kelantan ke KL

    ReplyDelete
  7. hi kalau spm tak ambil bahasa arab boleh ke nak apply ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam x blh…tp klau nk try asasi sains boleh 😂 cuma bkn utk asasi pengajian islam

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. kak,asasi pengajian islam ni dekat kl ke kelantan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pusat Asasi utk Asasi Pengajian Islam di Kelantan nama dia Pusat Pendidikan Universiti Malaya Bachok Kelantan (PPUM)

      However nnti degree kita belaja kat UM kat KL so Kelantan tu kira duduk setahun je

      Delete
    2. Di kelantan ni asasi jelah ya takde degree kat ppum kelantan ni? So nnti naik degree semua course kat kl lah eh?

      Delete
  10. Nak tanya, utk pemilihan UPU mmg dia tulis Sarjana Muda Syariah sahaja ka ?

    Tak diperincikan ka ? Sbb tak salah saya ada Syariah ( Ekonomi ), Syariah ( Usul Fiqh) dlll

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, saya x pasti pula utk thn nie katanya ada perubahan course tp klau mcm batch sy memang ada kat upu cth Ijazah Sarjana Muda Syariah (Fiqh dan Usul) dan seterusnya…nnti sy confirmkan blk dgn lecturer

      Delete
    2. Okay sy dh wat research bermula sesi kali ini course Syariah dan Usuluddin menjadi satu dh x de Syariah (Fiqh & Usul) etc…

      Delete
  11. Assalam. Boleh saya tahu senarai subjek yang akan diambil oleh pelajar API ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam senarai subjek senarai course kalau senarai subjek tu panjang 😂

      Delete
  12. Assalamualaikum sis, nak tanya saya ada terbaca haritu asasi pengajian islam dalam 1 tahun 2 bulan camtu.. So saya nak minta kepastian takut yg ni adalah perubahan sebab tu bukan orang asasi.. Ke sekarang ni memang 1 tahun tepat2 jugak? Betul2 nakkan kepastian☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, sy x sure pasal benda tu tp zaman ii sbelum nie memang semua dlm tempoh setahun je…x kan lebih punya sbb nnti kena masuk degree 😂

      Delete
  13. Salam..nak tanya Asasi APIDS kat umkl @ caw.um kelantan?..nak apply dgn UPU atau lain Form?..tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Asasi Pengajian Islam dan Sains kat KL apply under Upu ✨

      Delete
  14. assalamualaikum sis, nak tanya asasi pengajian islam ni ada kena buat presentation dlm bahasa arab ke? means kena bercakap or communicate dlm bahasa arab juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam depends pada lecturer tp biasanya memang dlm bahasa arab jgn risau nnti biasa org baca slides je time present 🤣 jgn takut

      Delete
  15. Hi sis,i from sabah spm saya takda bhsa arab, cuma ada PAI and tasawwur islam je boleh tak i ambik asasi pengajian islam um ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai juga syarat asasi mesti at least kena ada bahasa arab tinggi utk spm 🥲

      Delete
  16. asasi pengajian islam di bachok ke ? satu lgi,kalau sy dpt D addmath tp yg lain okey blh ke apply ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kwn sy kata dia fail addmath spm tp still dpt masuk Asasi tp sy x blh jamin sgt kesahihannya blh tnya senior atau guru lain terlebih dahulu

      Delete
  17. Assalamualaikum sis, saya nak tanya kalau saya ambil asasi pengajian islam, nnti degree kalau saya sambung dekat uni lain boleh tak?
    Lagi satu kalau asasi pengajian islam nie, nnti degree boleh ambil course apa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam utk asasi pengajian islam um memang blh sambung um sahaja utk degree 🥲 tp klau tgk tamhidi usim pon sama juga blh sambung kat usim jugak

      Utk senarai course degree blh pilih sama ada:
      1- Sarjana Muda Syariah
      2- Sarjana Muda Usuluddin
      3- Sarjana Muda Al Quran dan Al Hadith
      4- Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Islam/Pengajian Quran)
      5- Sarjana Muda Pengurusan Muamalat
      6- Sarjana Muda Syariah Undang-Undang

      Delete
    2. Klau ambil asasi pengajian islam under pkba boleh ambil sarjana muda syariah undang undang??

      Delete
    3. Dan klau ambil asasi pengajian islam under pkba ni, nanti nak apply degree dia tngok spm juga?

      Delete
  18. hi saya nak tanay saya dapat 3A 7B+ boleh ke mohon?bahasa arab saya A dan syariah usuluddin B+

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori tp utk mana ii program asasi minimum kena 5A utk spm 🥲

      Delete
  19. Kak nak tanya sya spm 2020.klau nak apply API tu dlm UPU tak kisah ke pilihan ke berapa..sbb saya letak pilihan ke-3 and sya dr sarawak ada juga apply pkba jd ikut yang mana satu eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blh apply dua ii tp nnti pilih satu yg berkenan je 🤣 ramai gak senior pkba buat mcm tu dulu ii

      Delete
  20. Jika saya mohon asasi pengajian islam di um, boleh ke degree saye nak sambung ijazah pengajian islam dan teknolgi maklumat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bermula sesi kali ini Sarjana Muda Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat terpaksa direhatkan atas dasar semakan kurikulum program…

      Kalau minat Sains dan Islam nnti blh apply APIdS kat UPU

      Delete
    2. But blh course Sains Islam yg lain mcm:

      1- Sarjana Muda Pengajian Islam dan Kimia Gunaan

      2- Sarjana Muda Pengajian Islam dan Biologi

      3- Sarjana Muda Pengajian Islam dan Alam Sekitar

      4- Sarjana Muda Pengajian Islam dan Fizik

      Delete
  21. Jika saya mohon asasi pengajian islam di um, boleh ke degree saye nak sambung ijazah pengajian islam dan teknolgi maklumat?

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum , kak nak tnye , merit utk course ni nak berapa ye , merit saya mcm tak melepasi je , risau , meit saya 83.91 je ,macam mana ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sy x reti nk kira merit ii nie 🤣 apa yg sy tau klau result spm awak 5A ke atas etc dh blh apply mungkin blh tnya guru di sekolah atau senior lain yg mahir kira merit

      Delete
  23. Salam. Asasi pengajian islam ni basically belaaja apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belajar bahasa Arab tp dia pecah jadi bnyak subjek Nahu, Saraf, Balaghah, Kitabah, Qiraat, Muhadathah, Tharwah Lughawiyah

      Dan subjek agama dlm Arab mcm Ulum Quran, Ulum Hadith, Fiqh Sirah, Fan Tajwid, etc bnyak lah ✨

      Delete
  24. Interview untuk APIUM ni susah tak? Akak ada tips?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu sy utk asasi x de iv tp utk degree hnya kos Sarjana Muda Pendidikan Islam je yg akn ada iv dgn ujian medsi…

      Utk iv baca isu semasa berkaitan kos klau ujian medsi bnyak buat ujian past year and jujur masa menjawab

      Delete
  25. sy nk tnya asasi pengajian islam ni blh smbung degree ijazah pendidikan tak utk jd cg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam blh Sarjana Muda Pendidikan Islam…

      Delete
    2. Biasanya guru sekolah rendah atau menegah ye.

      Delete
  26. salam, boleh ke masuk kalau merit 68% camtula n spm 6A,2B,2C+,1C, syarat am & khas mmg layak, n saya dapat psi A-,pqs A+ , & bahasa arab A

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam blh sahaja dipersilakan lazimnya akn dpt

      Delete
  27. Assalamualaikum, saya dr srwk..nak tanya mcm mana proses temuduga utk masuk pkba..perlu cakap dlm bhs Arab kh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sy x sure sbb sy bkn pkba tp mungkin blh get ready basic communication dlm arab sket…and ada ujian bertulis gak tp sbb covid x sure camne tp blh get ready gak

      Delete
  28. salam akak..saya nak tanya pasal iv pkba...selalunya soalannya susah tak?nak ckp dlm arab ker??dia selalu tanya pasal apa erk?😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sy bkn dari pkba apatah lagi pelajar borneo 🤣 sy pon x sure mcm mana prosedur dia klau awak ada kenalan senior lebih wajar utk tnya dia

      Delete
  29. Salam akak...klau sy aliran agama...pstu sy nk asasi pengajian islam dan sains jgk boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam boleh sahaja asal awak lepas syarat am dan khas asasi...APIdS terbuka untuk pelajar sains tulen dan mereka yang mengambil Kimia Fizik, AddMath untuk Spm

      Delete
  30. Assalamualaikum akak. Apium byk kena present in arabic tak? N then susah tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastu nak tanya bahasa pengantara dia pun arab ke? 😅

      Delete
    2. Waalaikumsalam bila masuk uni automatically semua subject wajib ada presentation…depends pada pensyarah tp lazminya akn present guna bahasa Arab tp jujurnya zaman ii asasi pon sis baca slides je lebih 🤣 sokay je tp ada juga lecturer yg suruh present campur bm/arab

      Bahasa Pengantar memang Arab tp biasanya lecturer dia baca arab lpas tu explain maksud dlm bm…and time tuto guna bm so okay je

      Delete
  31. Saya dpt asasi pengajian islam UM. Tumpang tanya kalau amik asasi pengajian islam UM bole ke degree nak mintak tmpt lain mcm UKM/UITM dannlain 2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam first skali tahniah ❤️ Secondly utk lpasan asasi pengajian islam um degree hanya di UM sahaja x blh pegi tempat lain utk degree 😥

      Delete
  32. Assalamualaikum, saya nak tanya... asasi pengajian islam ni belajar di um Kelantan atau di um kuala lumpur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, Asasi Pengajian Islam berpusat di Pusat Pendidikan UM di Bachok Kelantan

      Hanya pelajar Pasum dan Asasi Pengajian Islam dan Sains sahaja di cawangan utama iaitu KL…

      Tp jgn risau degree kat KL asasi setahun je kat Kelantan

      Delete
    2. Waalaikumsalam, Asasi Pengajian Islam berpusat di Pusat Pendidikan UM di Bachok Kelantan

      Hanya pelajar Pasum dan Asasi Pengajian Islam dan Sains sahaja di cawangan utama iaitu KL…

      Tp jgn risau degree kat KL asasi setahun je kat Kelantan

      Delete
  33. Assalamualaikum kak saya nak Tya kalau ambik asasi pengajianislam ni kann nanti degree boleh dak sambung degree dlm bidang psikologi dkt UM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam 🥰 UM x de bidang Psikologi utk degree 😥

      Delete
    2. Waalaikumsalam 🥰 UM x de bidang Psikologi utk degree 😥

      Delete
  34. Assalam kak. Degree UM ada bidang kaunseling ke ? Dan klu dr apium pastu degree nak ambil kaunseling boleh ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam x blh dik, asasi pengajian islam/pengajian islam dan sains hanya blh mohon degree utk program pengajian islam di Akademi Pengajian Islam sahaja…x blh mohon uni lain atau mintak kos dripada fac lain

      Delete
    2. UM ada bidang kaunseling di fakulti Pendidikan

      Delete
  35. assalamualaikum kak,saya dapat tawaran di APIUM,tapi mcm mana saya nak tahu subjek apa yg akan dipelajari nanti kak dan akak ada tak tips utk belajar dalam subjek yg mostly guna arab ni???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam first of all tahniah jap sy share link senarai subjek: https://apium.um.edu.my/program-asasi-pengajian-islam

      Tekan je link tu utk info lanjut program asasi 💖

      Berkenaan tips utk belajar apa yg sy blh share first sekali sbelum masuk asasi refresh blk syllabus arab spm…lagi bagus klau awak bawak buku rujukan sendiri klau ada sbb subjek bahasa arab akn guna sepanjang tempoh asasi ✨

      Utk final exam jgn risau soalan hnya tanya apa yg awak belajar dlm buku teks je (buku teks nipis je) ✊🏻 Insyallah fokus kuliah/tutorial dh cukup

      Delete
  36. Assalammualaikum kak, boleh tak kalau saya nak tau apa kerjaya dalam bidang pengajian islam???,selain drpd pendidikan. saya dah banyak juga buat research tapi still tak pasti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak decide utk amik course apa? Blh share sket nk amik course apa baru sy blh share kerjaya berkaitan

      Delete
  37. Boleh ke kalau nak smbung degree arab dan linguistik lepas habis asasi pengajian Islam UM? Ketat tak syarat dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. X silap sy masa batch sy semua yg masuk Course Arab masa degree semua pointer tinggi ii 🥲 tp blh tnya lecturer kat sana sbb diorang akn pilih dan iv pelajar yg berminat insyallah blh

      Delete
    2. Lupa nk tambah lagi satu pemilihan nie nnti masa sem 3 asasi korang akn isi borang pemilihan course degree jadi klau nk sambung course Bahasa Arab letak no 1…klau btul ii minat blh ckp dgn lecturer diorang akn lebih utamakan pelajar yg memang berminat dan blh bawak subjek arab

      Delete
  38. Assalamualaikum kak nak tya,klw misalnya da dpt tawaran dan da mula pengajian tpi orang tu tolak tawaran .adakah apa² kesan kepada kemasukan ke IPT nnti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, setahu sy tiada apa ii kesan cuma UPU bukak dua kali setahun; sekali utk tawaran kemasukan sekali lagi utk rayuan bagi mereka yg x dpt tawaran kemasukan…

      Kalau tolak tawaran kena mohon balik upu tahun depan pulak…

      Delete
  39. Selepas asasi bole ambik degree apa di kl bagi budk ppum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam blh lawati laman web ini untuk maklumat lanjut : https://pengajianislamum.blogspot.com/2020/04/course-degree-akademi-pengajian-islam-um.html?m=1

      Delete
  40. Asalamualaikum, saya nak tanya, saya dari sarawak.lepasan sekolah agama. Saya ingin memohon program asasi pengajian islam nilam puri. Tetapi mata pelajaran bahasa arab D. Boleh kah saya memohon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kalau ikut syarat perlu sekurang ii nya Bahasa Arab B utk spm 🥺 tp kalau awak pelajar Borneo blh try masuk melalui program khas Bahasa Arab (PKBA)

      Delete
  41. Assalamualaikum nak tanya berapa markah utk gred A di asasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam utk menjawab soalan asasi ke degree ke semua sama kena dpt markah 80 ke atas baru dpt A utk subjek ii

      Delete
  42. Assalamualaikum akak, saya nk tanya. Kalau psi kita dpt gred C tp pqs and arab dpt A, layak x masuk APIUM ni😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam klau tgk syarat kemasukan mcm x layak tp maybe blh tnya senior ii yg lebih arif

      Delete
  43. Assalamualaikum, subjek ii asasi pengajian islam susah ke? apa subjek paling susah? adakah mUdah untuk score? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, insyallah semua senang dia mcm kita blaja blk AQS PSI cuma dlm bahasa Arab je jarang jumpa org yg x skor

      Delete
  44. Assalamualaikum, nak tanya. Sy pelajar spm 2021(kelas sains), sy dpt 5A, A+ utk bahasa arab, A utk pqs, B utk psi, B+ utk bi dan D utk subjek sains(fizik, kimia, bio)...boleh ke nk masuk APIUM?

    ReplyDelete
  45. assalammualaikum, akk saya nak tanya em saya lepasan spm 2021(kelas kaa, sastera) dan saya bercdg nk smbung asasi pengajian islam di um tapi saya rasa ragu" nak pilih kos tu sbb saya masa spm saya takda belajar balaghah tu smua, huhu bhs arab spm saya dapat B+, psi B+, pqs A

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Istikharah banyak-banyak insyallah buat pilihan terbaik nanti. Syarat kelayakan akademik dah cukup tu

      Delete
  46. Assalamualaikum..... Sori nak tnye....if kita msuk asasi pengajian islam ni and then kita skor pointer.... Pstu nnti smbung degree kt UM ade tak kos pendidikan cthnya kita nak jdi cg PAI di skolah menengah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Ada Sarjana Muda Pendidikan Islam

      Delete
  47. Sy nk tanya klu saya dpt 8A2b1c1d yg D tu bi blh ke mohon asasi pengajian islam um

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. BI kena sekurang-kurangnya C utk masuk asasi pengajian islam UM.

      Delete
  48. Assalamualikum. Terima kasih kerana menulis blog ini. Sgt informatif. Saya menulis bagi pihak adik lelaki saya. Sewaktu SPM, dia tidak pasti ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang apa.
    Dia mengambil SPM (tahun 2020), dan hanya mengambil subjek2 teras. Selepas SPM, dia mengambil kursus bahasa arab untuk penyediaan STAM di kolej islam swasta. Sekarang, dia akan menduduki STAM (tahun 2023). Namun begitu, saya melihat kemasukan ke universiti tempatan memerlukan kelulusan bahasa arab pada level SPM juga. Jika ingin apply untuk asasi juga memerlukan bahasa arab pada level SPM. Apa jalan terbaik seterusnya untuk adik saya ambil untuk memenuhi syarat pengambilan kursus pengajian islam di universiti tempatan? Harap comment saya tidak terlalu panjang.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Ini owner blog nie btw. Cuma nak tahu kiranya SPM dia x ambil subjek Bahasa Arab, Pendidikan Quran Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah lah kiranya?

      Biasanya, untuk masuk degree dalam bidang Pengajian Islam di mana ii IPTA memang akan tengok balik subjek agama yang diambil sewaktu SPM. Cuma di IPTA saya tak pernah jumpa rare case macam ini lagi — kalau di IPTS pernah jumpa case sebegini sebab ada kenalan yang tidak ambil bahasa arab masa SPM dapat sambung bidang agama cuma di IPTS untuk diploma dan degree dalam bidang Syariah.

      Kalau tanya jalan penyelesaian terbaik, wallahualam tapi boleh cuba untuk minta kenalan pensyarah universiti misalnya (kalau kenal) untuk buat Letter of Recommendation untuk mengukuhkan lagi permohonan adik akak. Saya ada kawan yang tidak ada sijil SPM kerana dia duduk luar negara dan bapa dia minta rakan (pensyarah UIA) untuk buat recommendation letter supaya anak dia dapat diterima masuk dalam program pengajian Islam di UIA menggunakan kelayakan sedia ada yang anak dia ada di negara luar.

      Insyallah boleh cuba cara itu. Atau cara kedua boleh duduk SPM untuk subjek bahasa arab SPM sebagai calon persendirian.

      Delete
  49. Kalau saya tak dapat UM masa result UPU keluar, saya boleh buat rayuan untuk program asasi yang sama ke?

    ReplyDelete
  50. Assalam,nk tnya,peluang utk nk smbung ke degree yg ditawarkan tu tinggi ke?atau kena fight sbb tmpt yg limited?

    ReplyDelete
  51. Assalam cik,nak tnya,,utk apply ke degree nnti,perlu iv ke selain dgree pndidikan..peluang utk smbung ke dgree yg ditawarkan tu tinggi ke kalau kita dpr scor pointer?

    ReplyDelete
  52. Bolehkh pelajar habis asasi pengajian islam dan sains dr UM sambung perubatan utk degree

    ReplyDelete
  53. Saya ada persoalan, bolehkah oelajar habis lepasan asasi pengajian islam dan sains di UM smbung degree dalam perubatan?

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum sis.Kalau amik aliran agama xda subjek kimia,biologi dan fizik tp nk mohon pengajian islam& sains.Layak tak ya.Tq sudi jwb

    ReplyDelete