Saturday 28 August 2021

Post Graduate Diploma in Shariah Law

 Post Graduate Diploma in Shariah Law


Assalamualaikum and Hai,




Setelah sekian lamanya saya kembali dengan blog terkini. So, kali ini saya akan berkongsi mengenai Diploma Lepasan Ijazah dalam Perundangan Syariah (Post Graduate Diploma in Shariah Law).


Mungkin ada yang tertanya, apa itu Diploma Lepasan Ijazah dan mengapa kita memerlukannya?


Berbeza dengan diploma biasa, post graduate diploma adalah suatu jenis kelayakan atau satu tahap akademik yang boleh diambil oleh mana-mana mahasiswa/i yang sekurang-kurangnya telah mempunyai transkrip ijazah sarjana muda dalam bidang yang berkaitan. Postgraduate diploma ini kebiasaannya diambil untuk memenuhi syarat kelayakan profesion yang bakal diambil.


Syarat kelayakan/perlantikan sebagai peguam syarie adalah sedikit berbeza dengan advocate and solicitor at High Court of Malaya. Undang-undang Islam (Undang-undang Syariah) di Malaysia adalah undang-undang negeri bermakna syarat perlantikan untuk setiap negeri adalah berbeza. Walaubagaimanapun, dengan post graduate diploma in shariah law ini, anda boleh apply untuk mendapatkan pentauliahan sebagai peguam syarie di mana-mana negeri di Malaysia tanpa perlu risau.


Tidak dinafikan ada negeri yang tidak memerlukan diploma ini untuk memulakan latihan dalam kamar (chambering), walaubagaimanapun suka untuk saya ingatkan tanpa 'proper understanding' dalam syllabus undang-undang syariah, agak sukar untuk anda lepasi ujian bertulis/sesi temuduga mahupun latihan dalam kamar. Jadi, kebanyakan daripada mereka yang menjadi peguam syarie akan mengambil diploma ini.


Jadi, persoalannya, golongan manakah yang perlu untuk mengambil post graduate diploma ini? Jawapannya mestilah mereka yang bercita-cita untuk menjadi peguam syarie. Akan tetapi, diploma ini hanya menerima pelajar berlatarbelangkan sama ada;


1- Sarjana Muda Syariah

2- Sarjana Muda Undang-undang (LLB)

3-Sarjana Muda Undang-undang dan Sarjana Muda Syariah (LLB.S)


Berikut merupakan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menawarkan program pascasiswazah dalam perundangan syariah. Antaranya termasuklah;


International Islamic University Malaysia (IIUM) 

1- Diploma in Shariah Legal Practice (DSLP) 

Link: https://www.iium.edu.my/programme/show/diploma-in-shariah-legal-practice-dslp

2- Diploma in Administration Islamic Judiciary (DAIJ) 

Link: https://www.iium.edu.my/programme/show/diploma-in-administration-islamic-judiciary-daij


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

3-Postgraduate Diploma - Administration of Judiciary and Islamic Legal Practice

Link: https://www.ukm.my/studyukm/diploma-in-administration-of-judiciary-and-islamic-legal-practice/


Universiti Teknologi Mara (UiTM)

4- Postgraduate Diploma in Syariah Law and Practice 

Link: http://law.uitm.edu.my/index.php/home/postgraduate/postgraduate-diploma-in-syariah-law-and-practice

(UiTM juga menerima pelajar lepasan Bachelor of Legal Studies daripada UiTM)


Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

5- Postgraduate Diploma - Judicial and Advocatory Practice (DIJAP) 

Link : https://admission.usim.edu.my/program-details/?pid=76

Walaupun nama berbeza, akan tetapi kesemuanya diterima sebagai syarat kelayakan peguam syarie di mana-mana negeri di Malaysia. Tempoh juga adalah antara setahun (sepenuh masa pengajian) dan setahun setengah ke dua tahun (separuh masa pengajian).


Berkenaan yuran, anda boleh lawati portal di universiti yang telah saya mention sebentar tadi dengan menekan link di atas. So far, yang paling murah in terms of yuran adalah UiTM tetapi saya difahamkan tidak semua cawangan UiTM menawarkan program ini.


Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Apa-apa pertanyaan akan dijawab di ruangan komen.


No comments:

Post a Comment